lsyarat
Rasulullah!
"Gedung-gedung bumi atau “kunci BUMI"
Diriwayatkan
daripada Uqbah bin Amir Radhiyallahu Anhu katanya: Sesung-guhnya Rasulullah
Shallallahu Alaihi wa Sallam pada suatu hari keluar utk menyembahyangkan
seorang tentera Uhud yang meninggal dunia.
Kemudian
baginda naik ke atas mimbar dan bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului
kamu. Aku akan menjadi saksi kamu.
Demi
Allah, sesungguhnya sekarang ini aku sudah dapat melihat telagaku. Sesungguhnya
aku telah diberi kunci gedung-gedung di bumi atau kunci-kunci bumi . . .
lsyarat Rasulullah! SUDAH HAMPIR MASANYA! . . .
'2 GUDANG Kekayaan, MERAH & PUTIH' (Emas & Perak) (Dinar & Dirham)
Menurut riwayat Imam Ahmad dari Tsauban Radhiyallahu Anhu,
Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam,
"Sesungguhnya Allah telah mengerutkan bumi di hadapanku, sehingga aku dapat melihat negeri-negeri timur dan barat.
Dan sesungguhnya kerajaan umatku akan mencapai bagian-bagian bumi yang dikerutkan itu. Dan sesungguhnya aku telah diberi 2 gudang kekayaan, yang merah dan yang putih (emas dan perak).
Dan sesungguhnya kerajaan umatku akan mencapai bagian-bagian bumi yang dikerutkan itu. Dan sesungguhnya aku telah diberi 2 gudang kekayaan, yang merah dan yang putih (emas dan perak).
Dan sesungguhnya aku tlh memohon kpd TuhanKu, agar umatku tdk dibinasakan dengan simata satu yang merata (wang kertas mata satu), dan agar mereka tidak dikuasai oleh musuh, selain diri mereka sendiri, yang merampas kejayaan mereka.
Dan sesungguhnya Tuhan-ku Yang Maha perkasa lagi Maha tinggi berfirman, 'Hai Muhammad, sesungguhnya apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka takkan boleh ditolak.
Sesungguhnya Aku telah mengabulkan permohonanmu bagi umatmu, yakni mereka takkan dibinasakan dengan simata satu yang merata (uang kertas mata satu), dan takkan dikuasai musuh selain diri mereka sendiri, yang merampas kejayaan mereka, sekalipun mereka dikepung dari segala penjuru bumi, atau Allah berfirman, oleh orang2 yang tinggal di segala penjuru bumi- kecuali sebagian mereka membinasakan sebagian lainnya, & sebagian mereka menawan sebagian lainnya.
Adapun yang aku khawatirkan terhadap umatku, tak lain adalah para pemimpin yang menyesatkan. Dan apabila pedang telah diletakkan di tengah umatku, maka takkan diangkat lagi dari mereka sampai Hari Kiamat.
Dan tidak akan terjadi Kiamat sampai adanya beberapa kabilah dari umatku yang bergabung dengan orang-orang musyrik, dan sampai adanya beberapa kabilah dari umatku yang kembali menyembah berhala.
Dan sesungguhnya akan muncul di tengah umatku 30 orang pendusta (dajjal-dajjal), masing2 mengaku dirinya nabi, padahal aku adalah penutup para nabi. Tidak ada nabi lagi sesudahku.
Dan sesungguhnya akan muncul di tengah umatku 30 orang pendusta (dajjal-dajjal), masing2 mengaku dirinya nabi, padahal aku adalah penutup para nabi. Tidak ada nabi lagi sesudahku.
Namun, akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Mereka tidak peduli terhadap siapa pun yg melawan mereka, sampai datangnya perintah Allah Azza wa Jalla (Kiamat).
(HR. Muslim, Merah dan putih, Emas dan Perak, Dinar dan Dirham, 52- Kiwb AI-Fiwn waAsyrath As-Sa'ah, 5, Bab Halaku Hadzihil Ummati Ba'dhihim bi Ba'dh, hadits.2889. Dan diriwayatkan pula hadits ini oleh Abu Daud. 4252, oleh At-Tarmidzi 4/499, 2219, oleh Ibnu Majah 2952, oleh Ahmad dalam Musnadnya 5/278 dan 284 dari riwayat Tsauban, dan juga oleh Ahmad dari riwayat Syaddad bin Aus, 4/123).
Firman Allah Ta’ala: “Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (penipuan, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, & janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”. (Surat An ‘Nisa' Ayat 29)
GOD Almighty Say in the HOLY 'QURAN: “O you who have believed, do not consume one another's wealth unjustly but only [in lawful] business by mutual consent. And do not kill yourselves [or one another]. Indeed, Allah is to you ever Merciful”. (QS' 4: 29)
Firman Allah Ta’ala: “Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yg murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; & mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya”. (Surat Yusuf ayat 20)
GOD Almighty Say in the HOLY 'QURAN: “And they sold him for a reduced price - a few dirhams - and they were, concerning him, of those content with little”. (QS 12:20)
Firman Allah Ta’ala: “Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang jika engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengem-balikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembali-kannya kepadamu kecuali jika engkau selalu menuntutnya.
Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)”. (Surat 'Ali ‘Imran ayat 75)
GOD Almighty Say in the HOLY 'QURAN: “And among the People of the Scripture is he who, if you entrust him with a great amount [of wealth], he will return it to you. And among them is he who, if you entrust him with a [single] silver coin, he will not return it to you unless you are constantly standing over him [demanding it]. That is because they say, "There is no blame upon us concerning the unlearned." And they speak untruth about Allah while they know [it]”. (QS 3:75)
FASAD Kaum Yahudi 70 golongan
FASAD Kaum Nasaro (orang kristian) 71 golongan
Dan JUARA, FASAD yang paling terbanyak 72 golongan oleh umat muhammad Shallallabu Alayhi wa Sallam !!!??? . . .
Ibnu Majah meriwayatkan pula dari 'Auf bin Malik, sabda Rasulullah Shallallabu Alayhi wa Sallam, "Kaum Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan. 1 golongan di antaranya masuk surga, dan 70 lainnya masuk neraka.
Kaum Nasaro (orang kristian) telah terpecah menjadi 72 golongan. 71 di antaranya masuk neraka, dan hanya 1 golongan yang masuk surga.
Demi Allah Yang Menggenggam jiwaku, sesungguhnya umatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 golongan.
1 golongan di antaranya masuk surga dan - 72 lainnya masuk neraka.
Seseorang bertanya, 'Ya Rasul Allah, siapakah yang masuk surga itu, menurut anda Beliau menjawab, “J A M A A H.”
MOVING Away from RIBA: hit here http://www.youtube.com/watch?v=m4oBXUzzGf8&list=PLYpB0vU51fm-ZarFk8hK35TsNOHy11eDZ&index=3
Soalan
Lazim Berkenaan Dinar & Dirham
01) Apakah
itu Dinar Kelantan?
Dinar
Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri
Kelantan.
Dinar
Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi
¼, dinar. RM99.38,
½, dinar. RM176.76 dan
1, dinar. RM332.25.
Nilai
semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah
Sempena
menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan
Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi
2 dinar
telah diperkenalkan pada Julai 2007.
Pada 12
Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan
dengancorak yang baru dalam dominasi
dengan
harga semasa
½
dinar RM290.50,
1
dinar RM581,
2
dinar RM1162,
5
dinar RM2905, dan
8
dinar RM4648.
02) Apakah
itu Dirham Kelantan?
Dirham
Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi
dengan
harga semasa
1
Dirham RM13,
2
Dirham RM26,
5
Dirham RM65,
10
Dirham RM130, &
20
Dirham RM260.
03) Apakah
Kegunaan Dinar dan Dirham Kelantan?
Dinar
dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk menyempurnakan ibadah zakat, bayaran
mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya juga boleh berfungsi sebagai medium
pertukaran sukarela untuk barangan atau pun perkhidmatan.
04) Dimanakah
boleh diperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?
05) Dimanakah
Dinar dan Dirham Kelantan boleh dibelanjakan?
Sila
rujuk laman web ini http://www.dinarkel.com untuk maklumat lanjut atau lihat pedagang
yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar dan Dirham".
06) Apa
kaitan Dinar dan Dirham Kelantan sebagai matawang Syariah?
Dinar
dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah kerana ianya halal menurut
syarak.
Dinar
dan Dirham Kelantan menggunakan Piawaian Khalifah Umar Al 'Khattab.
Piawaian
ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagai berat 7 koin 1 dinar
Bersamaan
dengan berat 10 koin 1 dirham.
Secara
amnya berat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%);
Manakala
1 koin dirham bersamaan 2.975g perak tulen.
07) Benarkah
perkataan Dinar & Dirham ada di dalam Al Quran?
Perkataan
dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:
Surah
Imran (3):75 yang
bermaksud Firman Allah Ta’ala:
“Dan
di antara Ahli Kitab, ada orang yang jika engkau amanahkan dia menyimpan
sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna)
kepadamu, & ada pula di antara mereka yg jika engkau amanahkan
menyim-pan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu
kecuali jika engkau selalu menuntutnya.
Yang
demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami
menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selalu
berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka ada-lah
berdusta)”.
Surah
Yusuf (12):20 yang
berbunyi Firman Allah Ta’ala:
“Dan
(setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah,
iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan
mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.”
08) Bolehkah
Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar dan Dirham?
Boleh.
Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinar mula2 ditempa oleh
Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Dengan menempa kalimah tersebut
melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalam setiap keping dinar dan
dirham.
09) Berikan
contoh penggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul Shallallahu 'Alayhi wa Sallam?
Contoh penggunaan
dinar oleh Rasul Shallallahu 'Alayhi wa Sallam
Hadits
daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata:
“Sesungguhnya
Nabi Shallallahu 'Alayhi wa Sallam memberinya 1 dinar untuk membeli seekor
kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'Alayhi wa Sallam 2 kambing
dengan wang tersebut.
Maka
ia jual seekor dengan harga 1 dinar dan membawa 1 ekor kambing dan 1
dinar kepada Nabi Shallallahu 'Alayhi wa Sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'Alayhi
wa Sallam mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu
akan untung juga” (HR. Abu Dawud
(2810) dan At-Tirmidzi (1/287)
Contoh penggunaan
dirham oleh Rasul Shallallahu 'Alayhi wa Sallam
Abu
Salamah menceritakan, “Aku pernah bertanya kepada Aisyah Rahyi Allahu Anha, "Berapakah
mahar Nabi Shallallahu 'Alayhi wa Sallam untuk para isterinya?" Aisyah
menjawab, “Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dan 1
nasy”.
Lalu
Aisyah bertanya, “Tahukah kamu, berapa 1 uqiyah itu?” Aku menjawab,
"Tidak." Aisyah menjawab, "40 dirham." Aisyah bertanya,
"Tahukah kamu, berapa 1 nasy itu? "Aku menjawab,
"Tidak." Aisyah menjawab, "20 dirham”. (HR. Muslim).
10) Berikan
contoh kaitan dinar dan dirham dengan Hukum Syarak?
Contoh
dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½ dinar bagi setiap 20
dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud
dijalankan dalam kes kecurian yang nilainya melebihi ¼ dinar.
11) Apakah
kaitan Pemerintah dengan Dinar dan Dirham?
Dinar
dan dirham berkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa:
59: Firman Allah Ta'ala: "Wahai orang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada
Pesuruh Allah dan mereka yang memerintah kamu."(An-Nisa (3):59)
Menurut
Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayat tersebut merupakan perintah
supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalam 7 perkara.
Perkara yang pertama ialah penempaan dinar dan
dirham;
dan 6 yang
lainnya ialah
1) Penetapan
berat dan ukuran,
2) Keputusan
mahkamah,
3) Haji,
4) Jumu'ah,
5) Hari
Raya dan
6) Jihad.
Dalam
kata lain, urusan dinar ialah urusan agama ISLAM dan kedaulatan daulah Islam.
Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepada perintah Allah; bukan
semata-mata urusan EKONOMI.
12) Apakah
Dinar Dan Dirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?
Tidak
semestinya . . .
Di sepanjang sejarah manusia terdapat pelbagai komoditi yang
digunakan sebagai wang.
Komoditi di atas termasuklah:
Binatang
ternak,
Bijirin,
Manik-manik,
Cengkerang,
Rokok,
Tembaga
dan
Timah.
Emas
dan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyai ciri-ciri
sebagai wang.
Ianya
sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudah dibawa, diterima khalayak ramai
dan tidak mudah dimusnahkan.
Imam
Malik di dalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi
yang lazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.
13) Adakah
Koin Kijang Emas sama dengan Dinar Kelantan?
Tidak
sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.
Kijang
Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan Bank Negara
Malaysia sekitar Julai 2001.
1 troy
ounce adalah bersamaan 31.1 g;
1 Dinar
Kelantan pula 4.25g.
14) Benarkah
wang kertas seperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100%
disandarkan & boleh disaling-tukar dengan emas?
Tidak
benar.
Berdasarkan
sistem kewangan DUNIA kini, tiada satu pun mata wang nasional yang bersandarkan
emas.
Wang
kertas hanya boleh ditukar dengan wang kertas yang lain.
Sebagai
contoh; jika seseorang ke bank pusat seperti Bank Negara Malaysia untuk
menukarkan sekeping wang $100, beliau akan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50
ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100 keping wang $1 tetapi tidak sama sekali
ditukarkan dengan emas.
15) Adakah
Dinar Kelantan sejenis Wang Fiat?
Dinar
Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela.
Wang fiat
adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang negara.
Wang
fiat menjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan.
Wang
fiat diperakukan sebagai medium melangsaikan hutang melalui undang-undang.
Jika
pemiutang tidak mahu menerima wang fiat sebagai bayaran melangsaikan hutang,
beliau boleh dibawa ke mahkamah!
Wang
fiat merupakan nota janji kerajaan.
Wang
fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya kerana
undang-undang sesebuah negara hanya berlaku di dalam sempadan nagara itu
sahaja.
Dinar
Kelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli dan
penjual.
16) Dinar
Kelantan ialah koin emas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?
Sandaran
kepada "wang kertas BNM" atau lebih dikenali sebagai Ringgit adalah
wang kertas yg lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya.
Emas
cuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, sekitar 1.5% (Cuma RM1.452
bilion daripada RM94.772 bilion; setakat 30 Jun 2010). Rujuk Bank
Negara
17) Mengapa
perlu umat Islam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar
seperti Dinar dan dirham Kelantan?
Mengapa
tidak?
Penggunaan
dinar serta dirham adalah antara sunnah Rasul Shallallahu 'Alayhi wa Sallam.
Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat
disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenal sempadan.
Corak
tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannya adalah serupa
di serata pelusuk daulah Islamiah. 1 Dinar, 1 Ummah.



No comments:
Post a Comment